PERKEMBANGAN FIZIKAL
=) tumbesaran dan perkembangan
- bayi dilahirkan dengan saiz kepala lebih besar daripada badan.
- setelah lahir, perkembangan dan pertumbuhan fizikal bayi lebih pesat.
- Paten Cepalocaudal
=kepala -> otak -> mata dan lain-lain.
- Paten Proximotistal
= tumbesaran dari tengah kepada bahagian-bahagian halus dan menyeluruh
= tangan -> jari
=) Tinggi dan Berat
- purata bayi: 18-22 inci panjang, 5.5-10 paun.
- beberapa hari selepas dilahirkan, bayi kehilangan 5-7% berat badan
- setelah berupaya menghisap, menelan dan berkumuh, tumbesaran menjadi pantas iaitu sebanyak 5-6 auns seminggu pada bulan pertama
- 4 bulan- berat meningkat 2 kali ganda
- 1 tahun- berat meningkat 4 kali ganda
- 2 tahun- 32-35 inci tinggi dan 22-23 paun berat
- tahun pertama- bayi membesar 1 inci sebulan
- tahun ke-2 - tumbesaran perlahan-lahan
=) Perkembangan Otak
- berat otak bayi baru lahir: 25% daripada berat otak orang dewasa
- berat otak pada tahun kedua: meningkat 75%
- kematangan otak bayi tidak seragam
- kawasan motor utama berkembang lebih awal daripada yang lain seperti kawasan sensori.
{sumber: nota kuliah-psikologi perkembangan(skpx2083)-24012007}
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Piaget telah memecahkan 6 peringkat perkembangan kognitif sensori motor bermula selepas lahir sehinggalah kanak-kanak berumur 2 tahun :
Peringkat I (0 - 1 bulan) : mula mempraktikkan tindakan refleks pada diri mereka.
Peringkat II (1 - 4 bulan) : menunjukkan tindak balas yang mereka dapat mengulangi reaksi iaitu "primary circular reaction".
Peringkat III (4 - 8 bulan) : bayi sudah tahu membuat perancangan dan pelarasan sendiri seperti mendapatkan objek yang menarik perhatian mereka. Ini menunjukkan "secondary circular reaction".
Peringkat IV (8 - 12 bulan) : kanak-kanak mula menunjukkan tanda kecerdikan mereka.
Peringkat V (12 - 18 bulan) : kanak-kanak sudah kreatif menyelesaikan masalah mereka menggunakan strategi dan menilainya. Ia dipanggil "tertiary circular reactions".
Peringkat VI (18 - 24 bulan) : kanak-kanak mula menggunakan buat pertama kali. mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan menggunakan simbol.
{sumber: Mohd Sharani Ahmad,2004. Psikologi Kanak-Kanak}
PERKEMBANGAN SOSIAL
Sebahagian ahli psikologi beranggapan bahawa perkembangan sosial manusia bermula sejak bayi lahir terbukti melalui bayi menangis, iaitu merupakan cara mereka dalam mengadakan hubungan atau berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Selain itu juga, bayi tersenyum apabila diberi rangsangan atau teguran.
Perkembangan sosial bayi mengikut Arnold Gessell adalah seperti berikut:
I – 2 bulan pertama = tersenyum, memandang orang lain.
II – bulan ke-3 = tersenyum, mengeluarkan berbagai suara sebagai jawapan atau rangsangan dari orang sekelilingnya.
III – bulan ke-4 = menangis, menolak sebagai tanda tidak setuju terhadap orang mengadakan hubungan dengannya.
IV – bulan ke-5 = mengikuti dengan gerakan mata, terhadap gerakan orang yang sedang lalu lalang.
V – bulan ke-6 = mengadakan reaksi terhadap orang yang marah atau orang yang ramah.
VI – bulan ke-7 = mulai aktif mengadakan hubungan, cuba mengadakan aksi baik dalam bentuk gerakan atau suara.
VII – bulan ke-8 = dapat bermain, dapat memanggil; mama, umi, papa, baba dan lain-lain.
IX – bulan ke-10 = cuba menarik perhatian orang dewasa.
X – umur setahun = mulai mengerti akan isyarat-isyarat yang sederhana. Contoh: melambaikan tangan atau menunjuk dengan jari.
PERKEMBANGAN MORAL
Menurut Robert J. Havighurst, moral yang bersumber dari adanya suatu nilai adalah “a value is an object estate or affair which is desired” (nilai adalah suatu objek rohani atas suatu keadaan yang diinginkan).
Perkembangan moral seseorang berkaitan dengan perkembangan sosial di samping pengaruh kuat dan perkembangan fikiran, perasaan dan kemahuan atas hasil tanggapan dari anak.
Contoh: adanya hubungan dengan orang lain, saling membantu dan lain-lain.
Bagi seorang anak pengembangan moral itu akan dikembangkan melalui pemenuhan keperluan jasmani dan kemudiannya dipolakan melalui pengalaman dalam lingkungan keluarga, sesuai dengan nilai-nilai yang ditunjukkan. Peranan orang yang paling akrab (terutamanya ibu) dengannya amat penting dalam memberikan dasar-dasar pola perkembangan moral anak tersebut.
Perkembangan moral bagi bayi yang berusia sehari hingga dua tahun, ukuran baik dan buruk bagi mereka bergantung kepada apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Walaupun anak belum tahu benar hakikat atau perbezaan antara baik dan buruk. Hal ini kerana mereka belum mampu menguasai dirinya sendiri.
PERKEMBANGAN PERSONALITI
Mengikut Teori Psikoseksual Freud:
=)Pakar-pakar psikologi telah bersetuju bahawa rupa bentuk serta punca masalah personaliti individu itu berada pada zaman kanak-kanaknya.
- Oleh itu, teori ini dinamakan psikoseksual Freud kerana menghubungkaitkan perkembangan personaliti kanak-kanak dengan perkembangan seksnya.
- Asal teori ini ialah satu konsep psikodinamik yang dikenali sebagai libido, iaitu tenaga seks yang ada pada setiap manusia semasa dilahirkan.
- Mengikut teori psikodinamik, libido inilah yang menggerakkan tingkah laku seseorang dan harus dijelaskan bahawa perkataan seks membawa erti kelazatan fizikal iaitu kelazatan yang diperolehi oleh bayi semasa menghisap puting.
- Peringkat-peringkat perkembangan personaliti antaranya ialah peringkat-peringkat mulut, dubur dan kubul.
a) PERINGKAT MULUT ( ORAL EROTISM )
b) PERINGKAT DUBUR ( ANAL EROTISM )
- Pada peringkat umur 18 bulan-36 bulan, zon kelazatan beralih ke dubur. Kanak-kanak memperolehi kelazatan seks daripada aktiviti membuang dan menahan najis.
oleh Mahmood Nazar Mohamad ( 2005 )}
- Chomski (1957) percaya manusia dilahirkan dengan LAD (long acquisition device), iaitu sejenis alat pemerolehan bahasa.
- Kebolehan biologi yang membolehkan kanak-kanak mengesan kategori bahasa seperti fonologi (bunyi), sintaks (cara cantuman ayat) dan semantik (makna).
Peringkat perkembangan bahasa
- pada waktu ini bayi telah dapat mendengar walaupun mereka tidak dapat dapat memahami percakapan orang dewasa.
- suara yang dikeluarkan pada waktu ini ialah tangisan dan bunyi-bunyi yang mudah.
6 minggu – 14 minggu
- bayi boleh membuat bunyi bertempek dan mongogok yang dikenali ‘cooing’.
- pada masa ini, bayi sudah dapat menidentifikasikan atau bergerak balas dengan sesuatu bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan cara mengarahkan mukanya kepada bunyi itu dan mata mereka kelihatan mencari siapakah yang bercakap (Asmah Bee, 2000).
20 minggu
- bunyi ‘cooing’ itu yang ‘vowel-like’ lebih bercampur dengan bunyi konsonan, geseran lidah, putaran dan nasal.
6 bulan – 8 bulan
- bulan ‘cooing’ mula bertukar kepada bunyi ‘babbling’ yang merupakan sebutan ‘ one-syllable’, iaitu bukan vowel juga bukan konsonan
- bunyi yang selalu dikeluarkan ialah ma, mu, da atau di.
- semasa berumur lapan bulan, bayi telah dapat belajar tentang dunianya melalui tingkah laku yang ditonjolkan. Contohnya, bayi akan peka dengan objek yang disentuh, dipegang dan kadang-kadang memasukkan objek tersebut ke dalam mulutnya. Menurut Piaget, melalui penerokaan tersebut, bayi dapat mengenali dunia yang didiaminya dan mengetahu tentang kelakuan manusia(Margaret & Max ,1986).
8 bulan – 10 bulan
- dalam tempoh ini, pengulangan bunyi semakin bertambah malah kalau nada bunyi agak ketara ianya mungkin melambangkan perasaan dan penekanan tertentu
10 bulan – 12 bulan
- bayi cuba meniru bunyi seperti dengan cara ‘gurgling’ dan bermain liur tetapi peniruan ini tidak begitu berjaya.
- pada ketika ini, mereka mula membezakan antara perkataan yang didengar dengan membuat beberapa penyesuaian yang berbeza (Asmah Bee, 2000).
12 bulan – 24 bulan
- bayi mula menunjukkan tanda memahami beberapa perkataan dan perintah senang. Contohnya, ‘unjukkan mata’
- semasa berumur 18 bulan, bayi telah mempunyai perkataan yang berangkai tetapi tidak lebih daripada 3 perkataan.
- walau pun begitu, mereka tidak berupaya lagi untuk menyambungkan dua item sekaligus tetapi pemahaman adalah meningkat dengan cepat sekali.
- manakala 24 bulan pula, mereka sudah mempunyai jumlah perbendaharaan kata lebih daripada 50 item (Asmah Bee, 2000).
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA
- status sosial
- keinginan untuk berkomunikasi dan stumuli
- saiz keluarga
- cara melatih anak-anak
- personaliti kanak-kanak
kesihatan dan kecerdasan
- kanak-kanak yang sihat bercakap lebih cepat daripada kanak-kanak yang kurang sihat kerana mereak mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk manjadi ahli kumpulan sosial dan berkomunikasi dengan ahli-ahli yang lain (Asmah Bee, 2000).
Status sosial
- melibatkan kedudukan dan sosio-ekonomi dan jantina
- kanak-kanak daripada kumpulan sosio-ekonomi yang tinggi belajar bercakap lebih awal, dapat manyampaikan maksud dengan lebih baik dan bercakaplebih banyak kerana diberi galakan untuk bercakap berbanding kanak-kanak daripada kumpulan sosio=ekonomi yang rendah (Asmah Bee, 2000).
Berkeinginan untuk berkomunikasi dan stimuli
- semakin kuat keinginan kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan orang lain maka semakin tinggi motivasi untuk belajar bercakap di kalangan kanak-kanak itu menghabiskan masa dan tenaga yang diperlukan dalam pembelajaran bercakap (Asmah Bee, 2000).